Bismillah ..
Alhamdulillah lepas balik dari Ekspedisi Kayak Kelantan, sempat berehat sehari je sebelum berangkat ke Taman Negara Endau Rompin. Masa sehari tu di gunakan sebaiknya utk tido, tido dan tido .. dan tido, tido dan last sekali basuh baju .. :D
Program di Endau Rompin kali ni Program Induksi Presiden2 dan Ahli2 Persatuan ataupun Kelab. 3 hari 2 malam lagi di-spend-kan untuk program kali ni walaupun mengah kayak x hilang lagi .
Program 3 hari tak la terlalu berat cuma perancangan aktiviti untuk semester julai nanti, dan selebihnya aktiviti outdoor.. Wohoo ! best. Awal-awal pagi dah ke tepi sungai mengikat rakit, sebelum berakit di sungai .. tengahari Jungle Trekking di Hutan Hujan Pacat, dan malam night walk .. memang mabeles penat die .. ahaha.
Hadiah terbaik selain dapat melihat pokok-pokok menghijau .. 3 ekor pacat yg berbuka puasa agaknya .. melahap ngat aihh .. 3 ekor sekali satu jari ..
Syukur program Induksi kali berlangsung dgn jayanya .. harap dapat join lagi program lepas ni . InsyaAllah kite semua akan berjumpa lagi. Ilalliqa' Assalamualaikum ! :D
*some random photos .. enjoy :)