Friday, February 15, 2013

:: UniKL MFI Teambuilding Jan 2013 ::

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, akhirnya ade juga post baru atas permintaan adik2 yang mintak :p

Post kali ini tak lain tak bukan tengok tajuk atas lerr. UniKL MFI Teambuilding bagi sesi Jan 2013. Tapi Teambuilding kali ni lain sikit dari yang sebelum-sebelum ni. Ini lah program teambuilding last selepas 3 Tahun bersama RSBS. Sebelum tu mesti ramai tak tahu ape tu program Teambuilding MFI ni. Program ni adalah program luar kuliah, yang menerapkan nilai-nilai keyakinan diri, semangat berpasukan, membentuk peribadi diri yang baik. Yes, memang mudah untuk kita bina semangat berpasukan dengan orang yang dah lama kita kenal, tapi bagaimana pula yang tak pernah kenal ? atau separa-separa kenal ? haaaa. haha. 

Specialnya Teambuilding kali ni adalah cabaran untuk membentuk kumpulan Fasi dan Pengurusan program. Disebabkan tahun lepas kami(RSBS) tak mencari pelapis baharu, jadi tahun ni kami kekurangan man power yang power-power untuk handle program kali ni. Cabaran tetap cabaran, masalah tetap masalah, Alhamdulillah dengan semangat kental diri bersama ahli-ahli lama yang masih ingin berjuang bersama-sama RSBS kami dapat mencari Ahli-ahli baru. Dalam masa seminggu ke program itulah mereka berkursus menjadi Fasi bagai, belajar bercakap di hadapan, handle dan sebagainya. Untuk menjadi Fasi bukan tugas mudah ? kan ? kan? :D

Program Teambuilding kali ni fasi dan peserta sangat-sangatlah ohsem. howeee! memang gempak riuh, seronok dan macam-macam lagi lah. ahaha. setiap aktiviti memang menghiburkan, ade kene prank kene hari jadi, dibuatnya hobi birthday budak tu suka kumpul tahi hidung. merepek2 budak2 ni. "-____-
Apa-apa pun terima kasih, kerana ini kenangan terindah buat saya dan kita semua. :)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta yang sudi hadir dan memeriahkan program kali ni. Tahniah semua. Selain itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Team saya, merangkap keluarga baru untuk tahun ini. Walaupun anda baru, baru masuk semester ini, ade yang baru masuk 2 hari, tapi memeperlihatkan gaya anda semua, anda lebih senior di MFI. tahniah. anda semua ... Luar Biasa! Kecekalan, semangat, kesetiaan anda amat membuatkan aku terharu. teruskan semangat dan legasi anda di RSBS!

Kepada ahli-ahli veteran, Kak Sofia, Kak Fiza, Long, Asri, Sue dan Kak Akmar, terima kasih kerana masih setia bersama saya sehingga ke hari ini. Tak dapat apa yang saya berikan, cuma secebis kenangan terindah buat kita semua. :)

Penat dah taip. Ok kita layan la dulu gambar-gambar teambuiilding ! :D














1 comment:

  1. walaupun nama tak dipetik, ade sekeping gambar pon oke la tu :D

    ReplyDelete