Okeh kita sah sampai ke kemuncaknya siri Seatbelt Kereta 2 .. Jadi kali ini kita akan main - main dengan formula fizik, math sikit - sikit, lepas tu RESULT .. Hehe .
Tadi kita dah belajar sikit pasal teori Seatbelt, sekarang kita pergi semi-practical pulak .. Practical tekan kalkulator je .. Aku tak ada pulak makmal Ujian nak main - main langgar kereta ni .. Haha . Jadi nombor je la sebagai bukti ..
Kira - kira sikit , darab sini - sana , bahagi sikit, masuk formula, tengok kiri kanan, tekan -tekan kalkulator .. Hokehh ! dapat jawapan !
Jadi aku bagi tanggungjawab dekat kamu semua untuk menilai sendiri .. Semakin besar nilai F ( Newton ) makin besar daya impak terhadap pemandu tu ..
p/s : aku bukan lah hebat sgt bab - bab math ni .. salah bagitahu ehh ..
Sebelum tu .. kita cipta satu senario dulu ..
"Satu hari indah, seorang insan bernama Alien memandu kereta barunya baru sahaja berusia seminit setengah .. Berat Alien 70kg .. sedang Alien syok memandu sambil dengar lagu Pokok nyanyian Hazama .. Suddenly, buah durian gugur .. Beliau yang sedang memandu kereta selaju 60km/jam itu mengelak buah durian yang kecil itu lalu melanggar sebuah pokok .. "Tanya sama pokok, apa sebab goyanng, jawab Alien yang langgar " .. Beliau mengambil jarak 1meter (non stretching seatbelt), 1.5meter (stretching seatbelt), 0.06meter (tak ada seatbelt) untuk tubuh Alien berhenti sepenuhnya. Kereta Sorong Alien remuk .. Beliau amat kecewa ..
Berikut merupakan Keputusannya ..
Non Stretching Seatbelt
v (halaju akhir) = 0 m/s
s (jarak) = 1m *jarak untuk pemandu berhenti sepenuhnya.
u ( halaju awal) = 60 km/s = 16. 667 m/s
a (pecutan) = tak tau ? jadi kene carik :)
m (berat ) = 70kg
v2 = u2 - 2as
02 = (16.667)2 + 2a (1)
Kira –kira, tekan kalkulator =
a = 138.89 m/s2 * masuk dalam formula F = ma pulak .. :)
F = ma
F = 70 × 138.89
F = 9722.3 N!
Stretching Seatbelt
v (halaju akhir) = 0 m/s
s (jarak) = 1.5m *jarak untuk pemandu berhenti sepenuhnya
u ( halaju awal) = 60 km/s = 16. 667 m/s
a (pecutan) = tak tau ? jadi kene carik
m (berat ) = 70kg
*guna formula
v2 = u2 - 2as
02 = (16.667)2 + 2a (1.5)
Kira –kira, tekan kalkulator =
a = 92.60 m/s2 * masuk dalam formula F = ma pulak ..
F = ma
F = 70 × 92.60
F = 6481.74 N!
Langsung tak ada Seatbelt!
v (halaju akhir) = 0 m/s
s (jarak) = 0.06m *jarak untuk pemandu berhenti sepenuhnya
u ( halaju awal) = 60 km/s = 16. 667 m/s
a (pecutan) = tak tau ? jadi kene carik
m (berat ) = 70kg
*guna formula
v2 = u2 - 2as
02 = (16.667)2 + 2a (0.06)
Kira –kira, tekan kalkulator =
a = 2314.91 m/s2 * masuk dalam formula F = ma pulak ..
F = ma
F = 70 × 2314.91
F = 162040 Newton! Voila!
Jadi kita dapat lihat perbezaan yang ketara antara semua Daya..
FAKTA : 162.04 KiloNewton adalah daya yang terlebih kuat untuk Kerja-kerja Stamping, bukan stamping setem ye .. Tapi kerja - kerja memotong besi menggunakan tekanan yang besar . Sama jugak dengan 100 ekor gajah ! ni periuk jatuh atas kaki pun dah jerit .. serupe ponde ! Apatah lagi terkena tulang rusuk yang lembut dan ayu ini .. jadi habuk agaknya .
Apa - apa pun aku dah letih dah .. Haha . So, Nasihat aku pakailah .. sekurang - kurangnya muka korang semua tak jadi "wallpaper" kat cermin depan tu .. Semua dah besar kan tahu mana yang boleh buat mati, mana yang boleh buat kita selamat ..Lagipun Tali Pinggang Keledar ni bebas dari Politik, Kuasa dan Wang .. jadi tak ada masalah kot untuk ikut .. ngeh3 . Last but not least, Kuasa ada pada Dia .. berdoalah kepadanya .. :)Saje nak share aku eksiden hari tu .. dengan motor . semua selamat .. Ini first time aku Eksiden Ektually dan kalau boleh aku tak nak Eksiden lagi .. Hehe . Sory lah kalau post ni tak banyak gamba, tak apa kot ..
Okeh harap semua dapat manfaat .. InsyaAllah .
Assalamualaikum ..
*ada masa tinggalkan komen .. :)